Saturday, April 13, 2013


Assalamualaikum wbt.

Kepada tuan2, sedara/i..especially pd semua customer takaful aku yg sedia ada..


Pertama-tamanya, aku nak ucap tima kasihlah sebab engkorang sudi bukak blog aku nie. Tujuan aku buat blog ni pulak, bukan sebab nak cerita pasal pilihanraya yg dah lepas atau nak bagitau tentang unte kesayangan aku yg hilang 2 hari lepas tu ketapii.. sebab NAK BAGITAU SESUATU.

Pilihanraya dah selesai. Keputusannya pun semua orang dah tau. Apa yg aku harap, engkorang gembira dgn pilihan yg telah dibuat. Pada yg berjaya..ingatlah sentiasa bahawa sebenarnya kemenangan itu adalah amanah. Pada yg kalah..teruskan berjuang. Dan sekarang..masa utk kita semua kembali bekerja..utk masa depan yg lebih gemilang.



Tuan2,

Sebelum aku terus menulis, izinkan dulu aku perkenalkan diri. Kalau tak buat, nanti engkorang kata aku tak sopan pulak. Aku asal orang nogori, tapi sekarang dah bermaustautin kat Ampang, KL. Kira2 dah lama ler jugeek. Cakap pun dah slang KL tu. Kerja sendiri. Buat general Takaful. Renew insuran KERETA SHJ. Utk kereta kebal, lori balak, kapal selam...lain tahun kotttt...

 
NAK BAGITAU SESUATU ?

Sedare/i,

Aku sebenarnya nak ajak engkorang join projek aku. SAMA2… DAN BEKERJASAMA. Mesti ramai2. Aku tak mampu nak buat sorang2. Kalau pun aku buat sorang2..sahh! gerenti tak kan jadik punye. Aku cakap sbb aku pernah buat. Banyak kali dah. Aku hayun sorang2 jer. Lone ranger. Last2, aku tergolek sorang2. Aku give up. Buat kerja separuh mati, tapi hasil..hampehh!!!


PROJEK APA TU ?

 - e-dagang..??? Apa benda alah nya tuh. Jual nasik dagang ke? 
- Kalau takat nak ajak Wak jual nasik dagang, baik tak payah. Wak sekarang jual tempe, lagi masyukk .
- Bukan Wakkk ! e-dagang nie sebenarnya..bisnes yg guna sepenuhnya kemudahan ICT atau teknologi maklumat, sbg cara utk berkomunikasi dan melakukan transaksi.
- Fuhhh!!! canggih kau punya explanation tu, tapiii… Wak lagiiiii tak paham !
- Alahhh…BISNES GUNA INTERNET lah Wak..
- Fuhhh !! Baguih idea tuh. Jual tempe guna internet.
- Laaa..ape plak jual tempe ! MLM lah Wakk !
- MLM !! Alamakkk.. !! Wak fobia betul lah dengar benda nieee..

_______________________________________

  Tuan2,

Jawapan tu aku dah biasa dengar dah. Sebenarnya, bukan engkorang jer yg fobia, aku pun sama gak. 88x lagi fobia drp engkorang. Engkorang cakap jer laa apa jenih MLM yg ada dlm Malaysia nih, hampir semua aku dah masuk. Aku dah redah. Kalau nak kira, beribu2 jugak la aku abis. Orang ajak aku masuk ni..aku masuk. Orang ajak aku join tu..aku join. Agaknya kalau aku beli unte dgn duit tu, mungkin aku dah boleh jd tokey unte dah sekarang nie.

Orang yg ajak aku masuk pun, satu macam gak. Kata orang, lembut gigi dr lidah. Kata macam2, janji macam2. ‘ Bang..kalau abang join ni, saya gerenti abang akan dpt RM10,000 dlm 3 bulan jer ’, itu antaranya. Ada tu pulak ‘ Bang… ubat ni kalau abang guna dua minggu jer, gerenti rambut abang yg dah tak berapa nak mesra alam tu akan tumbuh balik dgn cemerlangnya ’. Pendek kata, macam2 benda pelik dan ajaib yg diorang cakap kat aku. Tujuannya.. semata2 nak suruh aku join diorang.


Yang aku ni pulak, jenih yg lembut hati. Tambah2 lagi kalau awek cun pulak yg ajak, huissh..bertambah2 ler lembutnya. Entahlah, aku pun tak paham kenapa. Bila awek rayu jer, ’abang nasierrrrr… nanti abang masuk ngan Sally tauuu !! Aduishh..!!!  Manje nyerrr..!!! Lemah longlai kepala lutut aku. Ketayap putih atas kepala aku tiba2 jer jadi senget. Apalagi..jam tu jugak aku ambik action. Berpeluh2 beratur panjang kat bank..keluar duit. Tapi Sally punye pasal…ape ler sangattt..kan! kan! kan!

Pengalaman yg paling aku tak boleh lupa. Masa tu, first time aku nak approach orang. Prospek aku tu awek kilang. Lepas aku bagi ayat power..itu ini, begitu begini, dia pun cakap kat aku. ‘ Banggg..dlm kilang saya tu, macam2 jenih dah, orang datang, jual macam2, segala benda tok nenek..nasib baik ler mak bapak tak boleh jual..kalau tak, dgn mak bapak sekalipun diorang nak jual gak.!! Aduishh !! Terkedu aku bila dia jwb camtu. Ngeri aku bila terbayang orang menjerit.. Murah !! Murah !! Mak bapak !! Mak bapakkk !! Sorang RM50..ambik sepasang RM90.. murah !! murah !! 

Aku dengar dah macam jual KASUT BATA jer bunyinyer..boleh jual sepasang sepasang. Hishhh !! ngeri aku ! Aku pun apa lagi tunggu. Pusing belakang..blah dgn muka selamba.

( layan lagu PRamlee jap -  Beginilah Nasib, Diriku Yg Malang.. Ohh Tuhannn..ishk ! ishk !  )


KENAPE AKU GAGAL

Sebelum tu biar aku bagitau dulu yang sebenarnya..bahawa, dalam apa jugak hal kehidupan atau jugak bisnes, lebih ramai yang bungkus daripada yang ok. 95%, berbanding hanya 5% yang berjaya (maaf ler..aku dah lupa dari source mana aku dapat data nih..alahh, engko belasah yer lah labuuu..lagi pulak, engkorang bukan kesah sangat pun kannnn.!! ). So, jangan ler heran kalau engkorang selalu gagal. 

1. Sikap Aku Sendiri
  •  Aku join biasanya sebab kawan atau kesian kat kawan. Diorang nie pulak, kalau time nak ajak aku join, sanggup berkampung 3 hari 3 malam, bukak khemah depan rumah aku. Kalau tak pun talipon, tanya bila lagi nak join..hari-hari..18x sehari. Mana aku tahan. Rimas..hilang privacy dengan bini aku. Last2, aku sign up jer lah.
  • Aku pulak, bila dah join hari ni, aku harap bulan depan income aku dah ada RM8 juta. Aku tak pikir jangkamasa panjang. Tak pikir pun, company tu stabil ke tak ? Pernah satu kali aku masuk..lepas 2 bulan..hilang. Opis tu dah ghaib. Dah tukar jadik kedai makan. Papan tanda company tu dah jadik ‘  
  • Aku paling malas nak gi meeting, sedangkan dari situlah datangnya ilmu. Boleh bertukar2 fikiran. Itu yang diorang cakap. Tapi sebenarnya, yang aku malas tu sebab yang nie..kena nyanyi2, tepuk2 tangan, goyang2 itu ini dan sebagainya. Diorang kata untuk motivasi diri. Tapi pada aku, bisnes tu jadi nampak tak professional bila kena buat benda2 macam tu. Itu pendapat aku jer. Pendapat engkorang lantaklah. Aku peduli apa. Lagipun…daripada aku nyanyi2, tepuk2 tangan ngan diorang, lagi baik kalau aku main tepuk2 tangan, pok amai2 ngan bini aku. Lagi besttt !!
2. Salah Pilih Leader
  • Low Class. Ni jenih yang lepas tangan, langsung aku tak nampak muka lepas dah sign up. Aleh2..tak lama aku dengar, dia dah hijrah company mlm lain. Hampehh !! Taik unte punya leader !! Ditinggalnya aku terkontang kanting sorang2. Nasib baik aku dah tak jumpa dia lagi dah. Kalau tak, mau jugak aku ketuk kepala dia dengan baldi jamban. Yelahh..sapa tak anginn. Duit pendaftaran aku terbang sia2 jer. Kalau sekalipun 20 sen..duit jugakk apaaa !!
  • Medium Class. Yang ni jenih yang malas nak bantu orang bawah. Bukan apa. Sebab ilmu pun tak berapa nak cukup lagi. Tak macam aku sekarang..MANTOP (pinjam ust zamri AQ punya word).
  • High Class. Leader yang macam ni lah yang sepatutnya aku kena cari. Ikhlas nak bantu, bimbing, train aku sampai mampu berdikari. So, kalau kali ni aku berjaya, aku janji, aku akan cium tangan…tangan sape yer ! Tangan anak dara leader aku ler gamoknyerr kottt ..heheheee
3. Syarikat Yang Aku Sertai

Pun satu gak. Ada yang tak betul2 ikhlas nak meniaga. Diorang cuma nak target sesuatu jumlah RM jer. Bila target dah capai, diorang pun tutup kedai..blah. Mangsanya ? Aku jugakkk… Cilanat punya company..!! 


PENGAJARAN YG AKU DAPAT

Aku tau, walaupun dah banyak kali gagal, aku akan tetap dan akan terus mencuba lagi. Aku takkan mudah mengalah. Sekali gagal, bukan bermakna akan terus gagal selamanya. Yakinlah.. sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil. Dan aku akan terus melangkah. ‘ Kalau gagal gak lagi nanti ?’ ' Alahhh..aku dah biasa dah. Alah bisa... '.

Lagipun tak salah kan, kalau aku terus mencuba. Sebabnya, aku tak tau apa yang menunggu di depan aku kali ni. Sekalipun mungkin nampak kelam, tapi satu yg engkorang mungkin tak perasan, bahawa…disebalik mendung hujan, ada sinar terang yang pasti setia menanti, kadang2 ditambah lagi dengan keindahan pelangi yang muncul sekali sekali ( fuhhh.!.ganas gak falsafah aku.. ).

Dalam dunia ni pun, sapa laa yg tak pernah gagal kan. Cuba engkorang cakap ngan aku..! Aku rasa, semua org yg dah berjaya pasti pernah lalui. Gagal itu resam..laluan bagi orang yg nak berjaya. Nak jadik hebat. Yang penting kita kena ingat bukan pasal gagal nya tuh..tapi berapa kali kita mampu bangkit semula dr kegagalan tersebut. Bahkan, gagal tu jugak satu ilmu..supaya kita tak buat silap yg sama, berulang kali..sbb orang kata, silap kali pertama..kita belajar. Silap kali kedua..ingat. Masuk 3x, silappp gak..confirmed.. BANGANG.

Begitu jugak, jangan engkorang lupa. Lampu Thomas Edison pun tak terus menyala pd cubaan pertama. Orville dan Wilbur Wright bersaudara pulak, entah berapa kali diorang tu tertangkup tunggang terbalik agaknya, sebelum engkorang dapat merasa naik kapalterbang. Dan sebenarnya pun aku rasa, dalam kes aku nie, aku belum jumpa yg serasi. Kata orang tua, kalau tak rasi..tak jadik.


KENAPA AKU PILIH HPA ?

Yelahh..! Kenapa pilih HPA? Kenapa tak pilih yg lain ? Ada banyak lagi. Yang jual minyak urut.. ade !! Yang jual minyak wangi..ade !! Yang jual ubat kurap..ade !! Yang jual ubat gatal..punnn ade !! (lagu2 ler sikit). Tapi..kenapa aku pilih HPA ? 

1. Satu2 nya syarikat MLM yg aku tau..ada PANEL SYARIAH nya sendiri, disamping mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia.

2. Produknya berkualiti dan dijamin halal..boleh guna tanpa ragu walau sedikit pun.

3. Sebahagian dr keuntungan jualan disumbang utk kerja2 kebajikan.. utk perjuangan Islam. So dgn tu, dapat ler jugak aku bersama2 menyumbang..walaupun mungkin sedikit.

4. Dan yg akhir, dah tentulah sbb NENEK AKU pun join sekali kat sini. Nenek aku kata, UBAT KUAT kat sini baguih. Tapi aku betul2 tak paham. Aku rasa nenek aku nih dah expired..tapi dia nak buat apa pulak ngan ubat tu..?? BUANG TEBIAT APA !!!  Hehehee..

Aku tak nak cerita lebih2 pasal produk. Cukuplah kalau aku kata, setiap barang ada kelebihannya sendiri. Cumanya kita sebagai orang Islam.. kena lebih bijak memilih, kerana pilihan itulah nanti yg akan menentukan kita kemana? Aku tak nak cerita panjang. Aku tak pandai. Aku harap engkorang paham..


SAPE YANG KENA JOIN

• Suri rumah yang ingin bantu nak dapatkan income tambahan untuk keluarga (yelahh..lagi baik daripada bantu tambah menghangatkan acara ngumpat2 ngan jiran sebelah kannn..)

• Pelajar IPTA/IPTS yang ingin cari income untuk belanja pengajian @ belanja awek.

• Graduan yang panas telinga sbb selalu kena leter kat rumah. Yelahh…dah 18 bulan graduate, tapi masih menjalar kat rumah, masih tak kerja..menganggur. " Suruh jago kobau tak nak, suruh motong gotah..takde class kononnn !! Piiirahh mabukk !! "

• Peniaga yang nak luaskan perniagaan @ nak bukak ' cawangan baru '.

• Pesara yang ingin mencari sumber income baru..untuk bini baru.

• Mereka yang pernah lingkup, gagal @ pernah ‘terkena’ dalam MLM @ bisnes internet.

• Mereka yang inginkan kebebasan masa untuk bersama keluarga ( walaupun maksud sebenarnya..kebebasan masa untuk berkepit selalu ngan bini ).

Atau sesiapa saja yang ingin nak cari side income secara PART TIME DARI RUMAH. 


CAMNA NAK CARI DOWNLINE
( Bab Paling Penting )

Mudah jer..!! Engkorang cuma rekomenkan kawan2, sedara mara  utk renew insuran dgn kami. Yang lainnya kami urus. Kiranya mereka join dlm kumpulan ini..automatik kami akan letak bawah engkorang. Mudah kan..

Selain tu aku akan tunjuk macam mana engkorang boleh mampu berjumpa dengan lebih 50 orang prospek sehari, tanpa tercabut kepala lutut, berbanding dua tiga orang, kalau ikut cara lama. Belanja nak gi appointment pun murah jer..40 ke 50 sen jer satu  appointment..bukannya berpuluh atau beratus RM kalau buat party2.

Terlanjur sebut bab party2 nie.. aku nak kata yg sebenarnya, aku cukup tak suka cara tu. Cara lama. Tak kena. Dah tak sesuai. Dah tu pulak, kadang2 tu, diorang arrange pulak party..meeting tu Malam Jumaat.. Pantang Sungguh Tok Nenek Aku Tuhhhh..!!!  Hilang satu pahala sunat aku.. Hehehee..

Dann..aku akan bagitau semua ilmu tu bila engkorang dah jadi ahli bersekutu aku. Aku bagi PERCUMA jer. Sebab apa aku sanggup buat macam tu ? Sebab aku pegang, ‘Kalau orang bawah aku berjaya..automatik aku pun berjaya sama. Kalau orang bawah aku dah mampu senyum2..dah tentu aku pun dah boleh sengeh2 sampai ke telinga ’.  Hehehee...


TINDAKAN ANDA

LANGKAH 1
Daftar terus. RM30 jer utk seumur hidup. Lepas daftar, engkorang  akan dapat satu WEBSITE FREE yang canggih, untuk tujuan promosi.

LANGKAH 2
Paling penting. Pastikan engkorang kumpul sekurang2nya 50 nilai mata (NM) / bulan untuk diri sendiri.  Sebabnya..itu adalah PRASYARAT untuk melayakkan engkorang menikmati bonus2 yang disediakan.


*******************

So..apalagi yang engkorang tunggu !! KLIK UTK DAFTAR SEKARANG. Senang dan mudah. Akhir sekali bila semua dah settle, engkorang kena masuk gua. Bertapa. Sebagai Tok Guru, aku akan turunkan segala ilmu yang aku ada tentang macam mana nak promosikan website engkorang tuh.

Satu lagi, sila email kat aku, mrenkay@yahoo.com kalau engkorang ada sebarang masalah atau pertanyaan tentang blog ni sahaja. Kalau engkorang nak tanya, apasal puasa aku tahun lepas tak cukup ke ? Kenapa periuk belanga jiran sebelah rumah aku selalu sangat terbang2 ke ? HARAP MAAF...NO YG ANDA DAIL TELAH DITAMATKAN PERKHIDMATANNYA !!

 
Tuan2, sedare/i,

AKHIR KATA dari aku, apa lagi yang ditunggu. Bertindaklah sekarang. DAFTARLAH SEKARANG. Peluang tidak datang selalu. Kejayaan tidak datang sendiri. Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang terbang melayang. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bersamalah kita berusaha. Bertangguh pasti takkan menjadi.

Ikhlas dari,

enkay @ nasier kassim
unteterbang.blogspot.com
enkaynetwork.com